Thursday 6 October 2022

TEMPAT MANDI JENAZAH STAINLESS STEEL

 







Tempat Mandi Jenazah buatan dari Stainless Steel

Berminat sila whatsapp  

En. Alam 019 690 8787 untuk maklumat lebih lanjut berkaitan produk.

Saturday 8 June 2013

Pengertian wakaf buat renungan...

Para ahli Fiqh & Ulama' berpendapat amalan wakaf adalah satu-satunya ibadah berbentuk sedekah jariah yang mennjanjikan ganjaran pahala yg berkekalan & mengalir kepada pewakaf hingga ke hari akhirat selagi harta tersebut kekal dan dimanfaatkan.

Wakaf x semestinya pada harga atau harta yg mahal. Kita boleh berkongsi untuk sama2 berwakaf. Sejarah telah membuktikannya melalui Masjid Nabawi yg dibina hasil dari wakaf umat Islam semasa zaman itu...Naaah...jelaslah, kita boleh berwakaf dalam pelbagai cara sebenarnya, bukan hanya terletak pada memberi tanah, membina masjid, sekolah itu di anggap wakaf...di sini kami membuka peluang untuk anda....mungkin boleh mulakan pada kawasan qaryah anda....kumpul siapa yg ingin dan kami sediakan produknya untuk anda....org bukan Islam telah lama guna cara ini dalam membangunkan masyarakat dan kelompok mereka, sedangkan asasnya telah jelas dan nyata dari cara kekasih Allah...mengapa kita x mahu mengambil iktibar dari sejarah Islam itu sendiri......sekadar renungan buat diri sendiri dan semua...Yang sempurna itu datang dari Allah SWT dan yg lemah itu dari diri saya sendiri....

Naa Ahmad
Admin

Tuesday 19 February 2013

Fanpage Peluang Pahala Berpanjangan di Facebook


Segala puji untuk Allah, selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad S.A.W, ahli keluarga dan para sahabat.

Assalamualaikum,


Pihak kami telah pun mempunyai fanpage di Facebook. Moga usaha kami dipermudahkanNya. Dengan rasa rendah hati, sudilah kiranya muslimin dan muslimat berkunjung ke fanpage kami: 

http://www.facebook.com/PeluangPahalaBerpanjanganUntukAkhirat


Sunday 18 March 2012

Sekadar renungan bagi yang ingin berwakaf


Segala puji untuk Allah, selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad S.A.W, ahli keluarga dan para sahabat.

Assalamualaikum,


Pada Muslimin & Muslimat yang membaca, diharapkan sudi menyebarkan maklumat produk saya ini sebagai tanda sokongan. Semoga dengan produk ini kita mampu memberikan keselesaan dan sebaik-baik penghormatan kepada si-mati.

Pada mereka yang berkemampuan, mereka yang berjawatan dan bekerja di institusi-institusi Islam, seperti Majlis-majlis Agama Islam, Pusat Zakat, Baitulmal dan lain-lain lagi  mungkin dapat memanfaatkan wang yang dikutip dengan menyumbang kembali kepada masyarakat. Produk-produk ini boleh disumbangkan kepada masjid-masjid dan surau-surau untuk kegunaan umat Islam.

Moga dengan wujudnya produk ini, kita berpeluang melakukan amal jariah atau sedekah jariah. Jariah bermaksud mengalir. Apakah yang mengalir? Yang mengalir itu ialah pahala, sama ada mengalir untuk beberapa ketika atau pahala akan terus mengalir berpanjangan untuk tempoh yang lama.

Hadith Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Ahmad dan Muslim:

"Apabila mati seorang manusia maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara; sedekah jariah (sedekah yang berkekalan), ilmu yang memberi manfaat dan anak yang soleh yang mendoakan baginya".

                                                                 (Riwayat Ahmad dan Muslim)