CATATAN PENGALAMAN


Segala puji untuk Allah, selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad S.A.W, ahli keluarga dan para sahabat.

Assalamualaikum WBK,

Allah menyatakan didalam Surah al-Anbiyak ayat 35;

“Setiap yang hidup akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan, dan kepada Kamilah kamu akan kembali.”

Hidup lawannya mati. Tiada siapa yang mampu mengelak ajalnya apabila tiba kecuali Allah S.W.T. Sama ada kita telah bersedia ataupun tidak, mati itu tetap akan tiba pada tepat masanya dan di mana-mana sahaja.

Menjadi hak orang Islam meninggal dunia yang perlu ditunaikan oleh umat Islam, khususnya ahli keluarga, saudara-mara dan tetangganya ada empat perkara, iaitu memandikannya, mengkafankannya, menyembahyangkannya dan mengebumikannya termasuk mengusung dan mengiringi jenazah. Hak ini adalah Fardhu Kifayah menurut sepakat ulamak dan hadis hadis sahih. Apabila sebahagian umat Islam melakukan urusan fardhu kifayah, tanggungjawab umat islam ditempat itu gugur. Sebaliknya, sekiranya tidak ada seorang pun melaksanakan tuntutan itu, seluruh umat Islam di kawasan itu menanggung dosa.

Ketika kehilangan bapa kesayangan, saya bersama abang-abang saya mengambil tanggungjawab memandikan sendiri jenazah bapa kami. Tanda kasih, sayang dan hormat kami padanya yang tidak terhingga. Moga bertemu kembali di syurgaMu Ya Allah. Kami duduk berlunjur di lantai dengan jenazah diriba. Jenazah kami mandikan diperkarangan rumah kerana ketika itu masih tiada tempat mandi jenazah. Kesulitan yang dihadapi ketika hendak meletak jenazah diriba, dan ketika membersihkan kerana tiada tempat khas wujud. Malah kami adik beradik turut basah dalam proses memandikan arwah bapa kesayangan. Buat makluman semua, inilah kali pertama saya memandikan jenazah. Anak-anaklah yang sebaiknya memandikan sendiri jenazah ibu bapa mereka. Syukur Alhamdulillah, saya dan abang-abang saya diberi kesempatan dariNya menyempurnakan jenazah bapa kami sehingga selesai pengkebumian.

Terpanggil dari pengalaman ini dan sedikit ilmu yang saya ada, maka terhasillah produk tempat mandi jenazah. Harapan saya, moga-moga dengan produk rekaan saya ini dapat kita gunakan untuk memandikan jenazah dengan selesa dan sebaik-baiknya sebagai penghormatan terakhir kepada si-mati.

Kebanyakan surau dan masjid yang saya pernah singgah masih lagi menggunakan rekaan lama yang agak sukar di alihkan. Rekaan lama seperti meja, malah ada yang dibuat dari simen dan disaluti tiles seperti tempat manjual ikan dipasar. Ada juga seperti tub mandi, tetapi semuanya begitu berat dan tidak praktikal. Setiap kali diperlukan, lori perlu digunakan untuk diangkut ke rumah si-mati.Malah memerlukan ramai orang dan tenaga untuk mengalihkannya.

Tidak hanya itu, masih banyak surau-surau dan tempat ibadat kita tidak mempunyai kemudahan ini. Malah setiap kali ada kematian, mereka perlu meminjam dari masjid atau surau berdekatan yang ada.

Pada Muslimin & Muslimat yang membaca, diharapkan sudi menyebarkan maklumat produk saya ini sebagai tanda sokongan. Semoga dengan produk ini kita mampu memberikan keselesaan dan sebaik-baik penghormatan kepada si-mati.

Pada mereka yang berkemampuan, mereka yang berjawatan dan bekerja di institusi-institusi Islam, seperti Majlis-majlis Agama Islam, Pusat Zakat, Baitulmal dan lain-lain lagi  mungkin dapat memanfaatkan wang yang dikutip dengan menyumbang kembali kepada masyarakat. Produk-produk ini boleh disumbangkan kepada masjid-masjid dan surau-surau untuk kegunaan umat Islam.

Moga dengan wujudnya produk ini, kita berpeluang melakukan amal jariah atau sedekah jariah. Jariah bermaksud mengalir. Apakah yang mengalir? Yang mengalir itu ialah pahala, sama ada mengalir untuk beberapa ketika atau pahala akan terus mengalir berpanjangan untuk tempoh yang lama.

Hadith Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Ahmad dan Muslim:

"Apabila mati seorang manusia maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara; sedekah jariah (sedekah yang berkekalan), ilmu yang memberi manfaat dan anak yang soleh yang mendoakan baginya".
                                                                                       (Riwayat Ahmad dan Muslim)


Ingatlah tanggungjawab kita ke atas umat Islam yang lainnya. MATI ITU PASTI!!!, suatu hari dan ketika nanti jenazah kita pula yang akan dimandikan”.

Diharapkan moga Allah memberi kerahmatanNya pada saya dan teman-teman sealiran dalam usaha menunaikan fardu kifayah dan membuka peluang pada individu dan pihak yang berminat berwakaf. Mencari amal dan pahala biar telah tiada didunia.

Dengan rasa rendah hati, silalah ke ruangan produk saya untuk keterangan produk dan tempahan.

Sekian,

Wassalam dari saya, keluarga dan warga kerja Rezeki Alam Niaga.

Alam Omar
Rezeki Alam Niaga

No comments:

Post a Comment