PROGRAM WAKAF - DAPATKAN PAHALA YANG TERUS MENGALIR

Assallamualaikum dan salam ramadhan al murbarak.

Adalah dimaklumkan seblum bulan Ramadhan lalu saya berkesempatan berkunjung ke Kelantan diatas pelawaan kawan-kawan disana.

Kesempatan itu telah dimenafaatkan dengan perjumpaan yang diaturkan oleh sahabat saya En. Jasman untuk berjumpa dengan ADUN Manek Urai Kelantan YB. Mohd Fauzi Bin Abdullah.

Kami berbincang berkaitan bantuan pasca banjir untuk DUN dibawah kawasan beliau.

Beliau telah mengenal pasti sekurang -kurangnya terdapat 30buah masjid dan surau teramat memerlukan tempat mandi jenazah. ini adalah disebabkan kejadian banjir teruk yang berlaku sebelum ini.

Disini saya sertakan surat dari YB untuk tujuan tersebut dan melancarkan tabung wakaf banjir Manek Urai.

Kami berharap pihak-pihak kerajaan, NGO, Korporat juga para individu dapat menyumbang dengan membeli dan mewakafkan tempat mandi jenazah yang akan diaturkan oleh pihak kami.

Wakaf ini bertujuan untuk mengembalikan institusi ibadat kita beroperasi seperti biasa dan In Sha Allah lebih baik lagi selepas banjir.

harga sebiji tempat mandi jenazah adalah RM 6,500. dan boleh berhubung dengan saya Alam Omar di talian hp 019 2517887 atau 019 6908787 ( whatsapp ).

Moga dengan keperihatinan tuan dan puan yang membaca artikle ini dapat menyumbang serta mewawarkannya kepada pihak-pihak yang berkaitan.

Diharapkan segala usaha serta sumbangan ini mendapat keredhaan dari Allah s.w.t.



surat daripada ADUN Manek Urai berkaitan penajaan tempat mandi jenazah secara wakaf
saya bersama YB Mohd Fauzi Bin Abdullah  ADUN Manek Urai Kelantan selepas bermesyuarat  pasca banjir




Bermula  bulan Jun lalu, kami telah mengadakan program wakaf.

Program ini bertujuan untuk individual dan korporat membeli dan mewakafkan tempat mandi jenazah kepada Surau dan masjid yang mereka inginkan atau Surau dan masjid yang kami kenal pasti yang memerlukan.

Ia adalah sebagai satu program Ibadah bagi mereka yang mampu dan berniat untuk memberi kepada masjid dan Surau yang masih tiada  tempat mandi jenazah atau tempat mandi jenazah sedia ada yang telah uzur.

Kami memberi peluang ini untuk pihak yang ingin mendapatkan pahala berpanjangan dengan cara beramal.
Penghantaran produk dengan kereta dan dipasang siap apabila sampai
tempat mandi jenazah yang telah uzur

tempat mandi jenazah baru yang diwakafkan

Wakil masjid dengan saya ( di sebelah kiri ) setelah penyerahan produk.

Sedih juga bila kami dapati masih banyak tempat ibadat masih tidak mempunyai tempat mandi jenazah mereka sendiri. Mungkin masih ramai yang menanggap kematian itu tidak terjadi pada mereka dalam masa yang  terdekat ini..


gambar surau al mutaqin di jalan kelang lama

gambar hadapan surau yang memerlukan bantuan

gambar tempat mandi jenazah yang lama 

gambar dekat tempat mandi jenazah yang tersangat uzur dan menyedihkan

pihak surau mengadakan majlis ringkas sebagai ucapan tanda terimakaseh pada  penderma  yang budiman

tempat mandi jenazah baru yang diwakafkan

Penghantaran tempat mandi jenazah

gambar kenangan bersama wakil surau

penyerahan tempat mandi jenazah wakaf



No comments:

Post a Comment