Setiap manusia yang pernah hidup di dunia ini pasti akan menemui
kematian.
Firman Allah dalam surah Yunus ayat 49:
"Bagi setiap umat ada tempoh (ajal) yang
ditetapkan; maka apabila tiba tempohnya, mereka tidak dapat melambatkan
sesaatpun, dan juga tidak dapat mereka menyegerakan".
Bagi mereka yang telah meninggal dunia, berakhirlah semua urusan
mereka di dunia ini sebaik sahaja mereka menghembuskan nafas yang terakhir.
Namun bagi kita yang masih hidup, berkewajipan untuk menguruskan jenazah
mereka, iaitu dengan memandikannya, mengkafan, menyembahyangkan dan seterusnya
mengebumikan.
Kematian adalah pasti seperti ditegaskan oleh Allah SWT,
”Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati”.
(Surah
Ali Imran: 185).
Kematian adalah sesuatu yang pasti dan kita harus bersedia
menghadapinya kerana ia merupakan titik permulaan kepada penghidupan akhirat
yang kekal abadi. Hanya mukmin yang dipanggil menghadap Tuhannya dengan hati
bersih memperolehi kejayaan.
Menguruskan jenazah adalah merupakan perkara yang tidak boleh kita
elakkan begitu sahaja. Ianya merupakan fardhu kifayah ke atas umat Islam.
Dengan adanya sebahagian umat Islam yang mengetahuinya akan selesailah
tanggungjawab itu.
Sejajar
dengan itu kami di Rezeki Alam Niaga terpanggil untuk mereka beberapa produk
yang dapat membantu melancarkan proses pengurusan jenazah. Semoga dengan karya
ini, ia mampu menimbulkan rasa golongan muda untuk belajar selok belok-belok
pengurusan jenazah. Tidaklah pengurusan jenazah itu hanya diserahkan pada
golongan tua sahaja. Semoga dengan hadirnya produk-produk ini dapat membantu
kita memberi penghormatan terakhir dengan penuh hemah pada si mati. Moga-moga
ianya dapat menjadi penyambung kesempurnaan dalam pengamalan syariat agama kita.
dan sekaligus dapat membina imej
bahawa agama Islam adalah agama yang mementingkan kehidupan duniawi dan
ukhrawi. Tidaklah kita hanya bergantung pada cara lama dalam pengurusan jenazah
itu sendiri.
Orang yang meninggal dunia
hendaklah disegerakan pengkebumiannya. Mengikut ajaran Islam, mayat perlu
dimuliakan dan dihormati sehinggalah jenazah tersebut selesai dikebumikan.
Rasulullah S.A.W
memerintahkan supaya urusan jenazah perlulah disegerakan. Daripada Ali Bin Abi
Talib katanya, Rasulullah S.A.W berpesan;
“Wahai Ali, tiga perkara
yang tidak boleh engkau lambatkan, Sembahyang apabila masuk waktu, mengebumikan
jenazah apabila telah sedia dan menikahkan anak dara apabila telah mendapat
jodoh untuknya”.
(direkodkan oleh Tirmizi
dan Ibnu Majah)
Daripada Hussin bin
Wahmah, beliau berkata;
“Talhah bin al-Bara’ jatuh
sakit. Rasulullah S.A.W datang menziarahinya dan berkata kepada keluarga
Talhah, ‘Aku melihat Talhah akan mati. Sekiranya dia mati, segeralah beritahuku
dan segeralah uruskan jenazahnya kerana mayat seorang Muslim tidak patut
ditahan (lama) dihadapan keluarganya.”
(Direkodkan oleh Abu Daud)
No comments:
Post a Comment