Segala puji untuk Allah, selawat dan
salam ke atas Nabi Muhammad S.A.W, ahli keluarga dan para sahabat.
Assalamualaikum,
Pada Muslimin &
Muslimat yang membaca, diharapkan sudi menyebarkan maklumat produk saya ini
sebagai tanda sokongan. Semoga dengan produk ini kita mampu memberikan
keselesaan dan sebaik-baik penghormatan kepada si-mati.
Pada
mereka yang berkemampuan, mereka yang berjawatan dan bekerja di
institusi-institusi Islam, seperti Majlis-majlis Agama Islam, Pusat Zakat,
Baitulmal dan lain-lain lagi mungkin
dapat memanfaatkan wang yang dikutip dengan menyumbang kembali kepada
masyarakat. Produk-produk ini boleh disumbangkan kepada masjid-masjid dan
surau-surau untuk kegunaan umat Islam.
Moga dengan wujudnya produk ini, kita berpeluang melakukan amal
jariah atau sedekah jariah. Jariah bermaksud mengalir. Apakah yang mengalir?
Yang mengalir itu ialah pahala, sama ada mengalir untuk beberapa ketika atau
pahala akan terus mengalir berpanjangan untuk tempoh yang lama.
Hadith Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Ahmad dan
Muslim:
"Apabila
mati seorang manusia maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara;
sedekah jariah (sedekah yang berkekalan), ilmu yang memberi manfaat dan anak
yang soleh yang mendoakan baginya".
(Riwayat
Ahmad dan Muslim)