Sunday, 18 March 2012

Sekadar renungan bagi yang ingin berwakaf


Segala puji untuk Allah, selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad S.A.W, ahli keluarga dan para sahabat.

Assalamualaikum,


Pada Muslimin & Muslimat yang membaca, diharapkan sudi menyebarkan maklumat produk saya ini sebagai tanda sokongan. Semoga dengan produk ini kita mampu memberikan keselesaan dan sebaik-baik penghormatan kepada si-mati.

Pada mereka yang berkemampuan, mereka yang berjawatan dan bekerja di institusi-institusi Islam, seperti Majlis-majlis Agama Islam, Pusat Zakat, Baitulmal dan lain-lain lagi  mungkin dapat memanfaatkan wang yang dikutip dengan menyumbang kembali kepada masyarakat. Produk-produk ini boleh disumbangkan kepada masjid-masjid dan surau-surau untuk kegunaan umat Islam.

Moga dengan wujudnya produk ini, kita berpeluang melakukan amal jariah atau sedekah jariah. Jariah bermaksud mengalir. Apakah yang mengalir? Yang mengalir itu ialah pahala, sama ada mengalir untuk beberapa ketika atau pahala akan terus mengalir berpanjangan untuk tempoh yang lama.

Hadith Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Ahmad dan Muslim:

"Apabila mati seorang manusia maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara; sedekah jariah (sedekah yang berkekalan), ilmu yang memberi manfaat dan anak yang soleh yang mendoakan baginya".

                                                                 (Riwayat Ahmad dan Muslim)

No comments:

Post a Comment